Wednesday, March 18, 2009

Ustaz Nuar

Ini cerita lama.
Awal tahun 60’an. Ustaz ni orang datang ke sebuah kampong tu. Penampilannya macam ustaz. Cakappun macam ustaz. Tambahan pula boleh imamkan sembahyang, baca doa lebih kurang. Umurpun muda lagi, masa tu dalam lingkungan 40’an.
Jadi orang terpakailah ustaz ni. Namanya Nuar. Panggilan orang kampong Ustaz Nuar. Adap sopan jangan kirala. Selalu jadi contoh teladan. Kalau nak kata benda baik Ustaz Nuar lah yang jadi bandingan. Ustaz ni pula sangat rajin mengajar. Ikut sukalah berapa nak bayar. Ikhlas katanya.

Malam kelas orang lelaki, siang untuk orang perempuan.
Entah macamana satu hari terpandanglah ustaz ni akan seorang perempuan. Bekenan benar dia. Ayu sangat. Tak tidur malam ustaz. Bila dah tak tahan dirisiklah perempuan ni. Bini orang rupanya. Bini Leman orang kampong tu juga. Ustazpun mulalah mencari jalan macammana nak dapatkan perempuan tu. Namanya Zizah.

Akhirnya pada satu malam ustazni mengeluarkan fatwa.
“ Adapun apa yang nak saya sampaikan malam ini sebenarnya tidak ramai yang tahu. Hanya orang yang mengkaji kitab lama yang ada ilmu ni. Sebenarnya barang siapa yang kencing mengadap qiblat maka gugurlah talak terhadap isterinya”. Terkejut orang kampong. Masing masing berhati hati selepas itu.

Sejak hari tu ustaz sentiasa mementau pergerakan Leman. Surau tu ada tandas .Lebih kurang je tandasnya. Gotong royong orang kampong. Arkiteknya Ustaz Nuar. Memang ngadap qiblat. Orang lain kencing ustaz tak peduli. Leman memang ustaz perhati. Lama juga ustaz memendam rasa, Rindu pada Zizah jangan kira. Membuak buak.
Satu hari ustaz anjurkan gotong royong. Dari pagi sampai tengahari. Leman memang nak malang agaknya. Rasa nak terkencing sangat maka pergilah kencing. Ustaz memang tunggu. Bila Leman dah selesai ustaz pun umumkan telah jatuhlah talak Leman kepada Zizah. Baru Leman teringat. Kencing ngadap qiblat. Ustaz panggil Leman. Banyak amalan diberinya supaya Leman bersabar dan menerima takdir.

Tak lama lepas tu dengar dengar Ustaz Nuar dah nikah dengan Zizah. “Jodoh pertemuan, ajal maut adalah ketentuan Tuhan jua”, kata Ustaz.

Ustaz bahagia. Lama kelas malam bercuti. Leman memendam rasa. Dia memang tak boleh terima apa yang berlaku. Berdoa dia siang malam untuk kembali bersama Zizah. Siang malam dia mengintai ustaz kencing.Ustaz pun berhati hati sangat.
Sehinggalah satu hari tu entah macamana ustaz tak teringat fatwa dia sendiri. Tak tahan sangat. Kelam kabut kencinglah ustaz ni. Ngadap qiblat pulak.

Selesai kencing ustaz bangun berpaling . Leman tersenyum di belakangnya.”Ustaz kencing ngadap qiblat tadi. Gugurlah talak” kata Leman dengan gembira.
Ustaz terpempan. Tapi kalau dah memang kaki tipu, spontan datang ilham.
“ Memang benar saya kencing mengadap qiblat. Tapi zakar saya , saya bengkokkan ke kanan, Saya ingat ajaran saya” kata ustaz. Kecewa lagi Leman.Melepas lagi dia.
Lama lepas tu baru Leman tau, rupanya Zizah tu isteri ustaz yang ke 4.

Apa maknanya cerita ni. Sengaja kita timbulkan cerita ni sekarang kerana ada seseorang yang nampak macam ustaz tengah mengganas. Nuar juga namanya.
Nuar yang ini pun pernah sapu milik orang. Belum kahwin tapi tunang orang. Sama je. Nuar yang ini pun banyak tipu muslihatnya. Kalau tak hati hati jangankan kampong, negara pun boleh dijualnya. Cuma bezanya, Ustaz Nuar dulu focus perempuan je. Lelaki dia tak minat. Nuar yang ini perempuan lelaki dia minat sama je.
Lagi bahaya.

1 comment:

  1. ckp keburukan org mmg pandai. rasulullah mengajar kita utk melihat kebaikan org walaupun hanya 1%(kebaikan) dan 99%(keburukan). ttp kalau diri sendiri tgklah keburukan dan cpt2 perbaiki amalan. baik ko tutup blog ni sebelum dpt bala. mbala pada hari pengadilan. di padang masyar kelak

    ReplyDelete