Monday, March 16, 2009

ISLAM BERKUBUR DI BUKIT GANTANG

Negara sedang bergelut. Dunia sebenarnya. Malaysia barangkali tidak begitu terkesan kerana kekukuhan asas ekonomi dan kestabilan politik. Memang ada kesukaran di mana mana tetapi kesukaran itu tidak sampai menyebabkan rakyat tidak makan . Kedai kedai makan, pusat membeli belah sarat dengan pengunjung.
Dan yang paling menarik ialah apabila ada kekosongan di mana mana kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri, pilihanraya kecil tidak pernah gagal dilangsungkan. Maknanya semua parti termasuk PAS yang mendakwa ekonomi sangat teruk tidak ada masalah untuk menyertai pilihanraya kerana setiap kali ceramah dijalankan ratusan ribu dipungut daripada mujahidin yang sanggup berjihad wang ringgit. Tok Tok Guru tak payah sumbang wang ringgit sebab dah pasti akan masuk syurga. Tak miskin kita ni walaupun mereka selalu kata rakyat dah jadi papa kedadana.


Kalau dah papa tak usahlah kutip lagi. Bagi je sumbangan seperti janji pilihanraya umum 12. Ramai ibu tunggal sedang tunggu elaun RM 1000.00 sebulan. Kalau ibu tunggal lawa, muda taka pa. Ustaz ustaz boleh keluar fatwa kewajaran poligami. YB Melor pun ada kosong lagi.
Tapi ini bukan isunya hari ini. Yang nak saya kongsikan ialah pemerhatian saya sewaktu Majlis Pelancaran Gerakerja PAS Parlimen Bukit Gantang yang diadakan pada 8 Mac 2009 yang lalu. Saya memang hadir dengan kesedaran bahawa saya akan dengar pembohongan. Saya tahu saya akan dihidangkan dengan persepsi dan kebencian tetapi saya tetap hadir atas beberapa sebab.
1. Perhimpunan ini menemukan seluruh pimpinan utama PAS
2. Majlis dijalankan dalam suasana politik Perak yang panas
3. Jentera UMNO berjalan amat bersistem dan bersatu ( yang jarang berlaku akhir akhir ini )
4. PAS berhimpun dalam keadaan takut kerana Najib yang mereka geruni sudah semakin hampir menjadi Perdana Menteri walaupun PAS dan pembangkang lain berusaha menggagalkannya.
Ribuan penyokong mereka dan pemerhati yang saya percaya dari seluruh pelusuk negara telah berhimpun awal dalam hujan rintik yang turun sejak petang. Pengacara mengatakan itu hujan rahmat. Saya yakin kalau tak hujan, pengacara juga akan kata bahawa ALLAH meredhai perjuangan mereka.

7 comments:

  1. So, Pakatan Rakyat decided to go back to nature by having Exco meeting under the trees. You guys have 2 go through such humiliation just 2 stay in power? Come on, move on, fight another day! Learn from Bro Supremo Anwar Ibrahim. He's fully aware he can't win the latest sodomy case in court. So go 4 technicalities, buy time, go down 2 the rakyat, play victim. That Scumbag Sodomiser got finese ma.
    Shame on your guys!

    ReplyDelete
  2. Could 46 cows be the cause of the downfall of the PKR empire in Selangor? Poor Khalid. He meant well. Like a good Muslim he gave away cows 2 Masjids and suraus. Despite his wealth he used state's money. OPM right? He learnt that in the corporate world. OTHER PEOPLE'S MONEY. But in this case, rakyat's money. No worry Khalid.If u have 2 go like Elizabeth The Seducer, ok.
    U'll rise again like a phoenix from the cowdung heap like your beloved brother Anwar Ibrahim. Even serial sodomiser can come back as a parliamentarian and hail as the leader of a coalition involving Pas. That's a true mark of a Renaissance Man-PKR style!

    ReplyDelete
  3. lingkup le Melayu kalau macam ni. Busuk-busuk UMNO pun tak le 400 ekar tanah dapat ke bukan Melayu. Ni terlepas macam tu je, pajakan selama 999 tahun. hilang akal le puak-puak ni. UMNO dok bagi kat kroni pun taka pa lah, kalau orang Melayu yang dapat. Terlepas abis le. Pakat-pakat le fikir kan.

    ReplyDelete
  4. Apalah salahnya kita bg hak2 kesamaan melayu, cina, india dll dlm hal duniawi. ttp dalam hal2 keagamaan lebih dan fokus pd islam. tu kan juga merupakan tututan agama supaya berlaku adil sesama makhluk Allah.

    ReplyDelete
  5. Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (An Nisaa':8)

    ReplyDelete
  6. Di Perak dulu melayu jadi kuda tunggangan DAP.Kalau dah exco banyak yang bukan melayu jadi kalau sesuatu keputusan di buat secara undi maka tentulah yang bukan melayu menang.salah siapa?.....salah tangan yang memangkah undilah.Kejatuhan kerajaan melaka di zaman dulu angkara siapa?...angkara bangsa sendirilah....sedarlah saudara saudaraku...
    pepatah ada mengatakan "Dah Bagi Duduk Dekat Serambi nak bermaharajalela kat ruang rumah"...bolek ke?....Mereka mereka ini sedang mempergunakan orang melayu melalui "Pakatan Rakyat".Insaflah bangsaku...insaflah bangsaku....

    ReplyDelete
  7. aku tension ngan benci pkr...aku kecewa ngan pas dan umno...alangkah bagus bn+pas= hancur pkr

    ReplyDelete