RAMAI perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO terkejut apabila mendapat tahu banyak kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sejumlah projek dan saham bernilai berbilion ringgit ketika Anwar berada di singgah sana.
Tidak menghairankan, kata mereka, kroni-kroni Anwar yang kebanyakannya bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melenting marah dan amat berdendam dengan kerajaan apabila Anwar jatuh kerana kejatuhan Anwar secara langsung atau tidak langsung menjejaskan kepentingan mereka.
Yang lucunya, rakan-rakan Anwar menggunakan saluran media antikerajaan untuk menghentam habis-habisan sebuah kerajaan yang selama ini turut mengkaya-rayakan mereka.
Atas dasar dendam, mereka berbalik menuduh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Mengagihkan kekayaan kepada kroninya.
Sayangnya, banyak daripada rakyat yang percaya kerana orang-orang Anwar bijak memasang strategi dan perangkap awal dengan menuduh Dr. Mahathir mengamalkan kronisme, nepotisme dan pelbagai isme lagi sehingga orang yang menuduh terselamat dari unsur-unsur tersebut.
Ini samalah seperti orang yang "terkentut" menuduh orang lain yang melepaskan kentut untuk mengelakkan dirinya dituduh terlebih dahulu berbuat demikian dan mendapat malu.
Banyak juga orang UMNO yang merasa hairan apa motif orang Anwar menimbulkan soal kronisme, kolusi dan nepotisme (KKN) pada waktu bersamaan dengan gerakan rakyat Indonesia pimpinan Amien Rais yang jugak rakan karib Anwar dalam gerakkan menggulingkan Presiden Suharto pada mei, tahun lalu.
Terlalu menyedihkan, orang-orang yang mendapat faedah semasa Anwar berada dalam kekuasaan menggunakan pelbagai taktik dan strategi untuk terus mengelabui dan meracuni minda atau pemikiran orang Melayu, termasuk mahasiswa yang bakal mencorakkan kepimpinan negara pada masa depan.
Strategi orang Anwar memang terbukti hebat. Orang-orangnya boleh dikatakan ada "di mana-mana" termasuk di universiti-universiti, media massa, bank-bank, sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan.
Seorang anggota Pergerakan Pemuda turut mengakui kehebatan Anwar dalam memasang strategi dan kerajaan mengambil masa lama jika mahu melakukan gerakan 'pembersihan' minda yang mengagung-angungkan Anwar.
Ramai di kalangan perwakilan UMNO juga percaya suasana politik yang semakin bercelaru di tanah air mungkin tercetus daripada gerakan pihak tertentu yang inign membalas budi Anwar.
Mereka tidak mahu dituduh orang yang tidak tahu membalas budi. Tetapi sayangnya, kerana ingin membalas budi, golongan ini sanggup membutakan hati rakyat atas perjuangan menegakkan keadilan.
Parti-parti pembangkang juga turut mngambil kesempatan ini. Persoalannya, keadilan yang mereka perjuangkan itu untuk rakyatkah atau untuk diri, kelompok mereka sendiri?
Golongan terbabit harus menyedari tindakan mereka itu tersilap langkah boleh menghancurkan perpaduan Melayu dan meruntuhkan ekonomi negara.
Siapakah yang akan bertanggungjawab jika para pelabur asing lari dan puluhan ribu mahasiswa kita akhirnya menjadi penganggur akibat dari perbuatan sesetengah daripada kita yang lupa diri tanpa memikirkan nasib bangsa
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA
KHAS ??
-
MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ?
APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ...
MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...
2 years ago
No comments:
Post a Comment