Friday, March 27, 2009

KING NUAR


King Nuar Brahim


Satu daripada modal politik Nuar Brahim ialah perjuangan untuk rakyat. Nuar Brahim dalam banyak kempen dan ceramah selalu mewar warkan perlunya kuasa rakyat dikembalikan.” Rakyat telah dijajah. Kuasa rakyat dinafikan. Rakyat hidup dalam ketakutan.” Begitulah selalunya kata Nuar Brahim.
Maka berbondong bondonglah orang ramai menyokong Nuar Brahim dan gerombolannya. PAS yang miskin pun ikut bertuankan Nuar Brahim. Upahnya, Nuar Brahim sponsor semua. Pilihanraya tak payah pening kutip duit orang kampong. Mat Sabutu yang satu masa dulu menggelar Nuar Brahim sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al Jubri kini sedang dengan berselera menjilat ludahnya dulu. Mat Sabutu memang semua orang tau, kaki kelentong.



DAP pun yang selama ini tak pernah kasih kepada negara ini ya amat seronok bersama Nuar Brahim. Tumpang ke sana kemari. Puji Nuar Brahim macam nak rak.
DAP tahu hanya Nuar Brahim yang boleh digunakan untuk pecah belahkan Umat Melayu. Nuar Brahim pulak jenis yang bila dipuji melambung ke langit. Nuar Brahim ni sebenarnya ada masalah dalaman. Orang macam ini kalau dipuji habislah dia. Ponggongpun kalau boleh dihadiah pasti dihadiahnya.
Tapi ini bukan cerita ponggong. Cerita ponggong malu pulak rasanya. Ini cerita King Nuar. King Nuar yang selama ini menawarkan kuasa kepada rakyat. Ini peristiwa yang benar benar berlaku.
19 MAC 2009. Petang itu saya dan dua orang rakan meronda di kawasan Bukit Gantang. Menikmati suasana pilihanraya kecil. Dah dekat nak maghrib kami pun bergerak ke arah Bandar Taiping. Mencari masjid. Tiba di lampu isyarat Simpang. Kenderaan kami disekat oleh beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi.
Rupanya kesemua kenderaan dari semua simpang ditahan.
“ Sultan kot”, kata rakan saya.“ Kalau Sultan tentu polis yang iring” kata saya pulak. Lama kami tersekat. Motorsikal tadi serentak membunyikan hon kuat sangat.

Kemudiannya berdesuplah sekumpulan kenderaan mewah lalu di hadapan kami. Kira kira 12 buah semuanya. Dalam salah sebuah kereta itu tersandar King Nuar Brahim. Rupa rupanya yang menyekat kami ialah pegawai pengiring King Nuar Brahim.
Jadi inilah yang dikatakannya selama ini kuasa rakyat. Rakyat terpaksa bagi laluan bila dia nak lalu. Lampu merah dia langgar. Lampu hijau orang kena tunggu. Itu baru Ketua Gerombolan Pembangkang. Baru ahli parlimen biasa.
Maka tentulah kita terfikir. Kalau begitulah Nuar Brahim, bahaya sebenarnya dia ni. Penipu besar. Dalam pada dia kata nak bagi kuasa kepada rakyat, dia terang terangan merampas hak rakyat. Tuhan nak tunjuk. Dia pulak buat perangai di tempat yang dia bercakap banyak .
Selepas itu malamnya King Nuar berceramah. Antara isi ceramahnya ialah kembalikan hak rakyat. Rakyat inginkan hak dan kuasa mereka. Kami tak tunggu ceramah habispun. Nak muntah sangat rasanya.


Kata Sumbuapi :

Payah lah kalau asas puak-puak ni diwujud atas rasa marah dan benci. Ingat tak, parti King Nuar ni ditubuhkan kerana marahkan Perdana Menteri waktu tu kerana pecat dia. Bila asas sesuatu tu atas sebab yang salah, maka rakyat akan dipimpin kejalan yang salah lah.



No comments:

Post a Comment