Friday, March 27, 2009

SURAT TERBUKA

Jemaah PAS Sungai Petai.


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,

Surat ini ditulis dalam keadaan terkejut dan hati yang luka. Sepanjang tempoh bersama PAS kami tidak pernah meminta sesuatu untuk kepentingan kami. Perjuangan kami jelas, untuk mendaulahkan Islam di mukabumi ini. Bagaimanapun apabila Nizar Jamaluddin diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang, kami rasa amat kecewa dan terkilan. Pencalonan ini jelas merupakan tindakan membelakangkan Tuan Guru Nik Aziz yang selama ini menjadi tempat kita merujuk. Tuan Guru dengan jelas tidak mahu Nizar menjadi calon. Kalau nasihat Tuan Guru dilanggar cakap siapa lagi yang boleh kita dengar.Adakah kita ingin derhaka kepada Tuan Guru?


Nizar juga kami dapati telah gagal menjalankan amanah sebagai pemimpin di Perak. Kalau Nizar pemimpin yang baik sudah tentu 2 orang pengkhianat PKR itu tidak lari dari pakatan. Kalau Nizar pemimpin yang dihormati tentu mereka tidak akan terlibat dalam salah laku.
Nizar sampai sekarang tak menjawab tuduhan jadi boneka DAP. Kami yang di bawah terpaksa bertungkus lumus menjawab isu tanah yang diberi kepada orang Cina secara berlebihan . Walaupun kami sedar jawapan kami tidak meyakinkan orang ramai.
Nizar juga nampaknya tidak mengamalkan akhlak Islam sepenuhnya. Tindakan Nizar bersama DAP dan PKR menanam tugu di bawah pokok sebenarnya amat bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tidak membenarkan pembinaan sebarang tugu dengan tujuan mengingat sesuatu atau membesarkan sesuatu. Kadang kadang Nizar seperti lebih ganas dan kasar berbanding PKR dan DAP sendiri.
Paling penting kami mahukan calon tempatan. Kebetulan di sini ada Ustaz Idris Ahmad. Anak ulamak yang memang merupakan pejuang PAS sejak sekian lama. Kami yakin jika Ustaz Idris menjadi calon kita akan lebih berpeluang lagi mencapai kemenangan. Dan kami ingin menyatakan bahawa jika Nizar terus menjadi calon jangan salahkan kami jika bekerja separuh hati. Kebetulan kami seakan tidak dipercayai bila terlalu ramai tenaga luar datang ke kawasan kami.Jangan lupa , sewaktu kita menang dahulu tiada siapa datang dari Kelantan atau Terengganu untuk membantu. Mungkin kami berdiam diri, tetapi janganlah menganggap kami bodoh.

Takbir, Allahuakbar.
Hamba Allah

Sumbuapi kata: Ada peribahasa dari negara Latin Amerika '...pembohongan dah pusing satu dunia, kebenaran baru nak pakai kasut'.
Hehehe! Fikir-fikirkan le.....

No comments:

Post a Comment