Wednesday, March 18, 2009

ANWAR TIDAK LAYAK KETUA PR: KARPAL


Georgetown - Pengerusi DAP, Karpal Singh membidas Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memperkenalkan budaya melompat parti.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu menyebabkan beliau tidak layak menjadi ketua dalam PR kerana telah membawa padah sehingga kerajaan gabungan antara PKR, DAP, dan PAS di Perak tumbang.

Katanya, perbuatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengalu-alukan kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim ke dalam PKR, sebelum wakil rakyat itu melompat semula ke UMNO.

"Tindakan kedua-dua mereka ini (Anwar menerima, Nasaruddin datang dan pergi) telah mencetuskan ketegangan secara tidak terkawal dalam kalangan PR.

"Akibatnya kerajaan PR Perak jatuh ke tangan BN apabila dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP lompat parti masuk bebas," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

Karpal kemudian mencadangkan supaya PR memilih seorang pemimpin baru menggantikan Anwar bagi memimpin PR supaya lebih bermoral.

Menurutnya, Anwar sendiri pernah melompat parti 10 tahun lalu dan ini secara langsung mencerminkan tindakan tidak bermoral beliau kepada yang lain.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan DAP akan keluar dari PR jika Anwar meneruskan tindakannya itu semata-mata mahu merialisasikan hasratnya menjadi Perdana Menteri yang tidak menjadi kenyataan pada 16 September tahun lalu."Anwar menimbulkan pelbagai masalah kepada negara. Saya tidak pasti beliau individu yang benar-benar layak mengetuai PR. Saya tidak mahu bersekongkol dengan komplot Anwar memancing wakil rakyat BN yang saya anggap sebagai tidak menghormati keputusan rakyat.

"Anwar perlu bertaubat keran tindakan kotornya untuk memancing wakil rakyat parti lawan akan menjejaskan imej PR," katanya

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin DAP yang memberi sokongan berlebihan kepada Anwar berbanding dirinya.

Beliau kesal kerana tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin dan ahli parti sendiri, manakala Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pun sepatutnya menyokong beliau, bukan mengeluarkan kenyataan berpihak kepada Anwar.

"Saya minta sokongan mereka sebab saya adalah Pengerusi DAP sehingga hari ini. Saya hendak beri ingatan kepada pemimpin parti agar jangan memaksa saya untuk bertindak keterlaluan.

"Saya masih boleh bersabar hingga saat ini, tetapi jangan biarkan perkara ini menjadi tidak terkawal demi kepentingan PR dan DAP," katanya.

Sebagai contoh, katanya, ketika DAP mengugut untuk keluar PR berhubung isu hudud, beliau tidak mendapat sokongan dan perkara itu memalukannya.

Mengenai PR selepas peristiwa di Perak yang menyasikan BN kembali memerintah, Karpal berkata, keadaan PR cukup teruk dengan semuanya mahu menjadi Menteri Besar.

Mengenai laporan polis dibuat terhadapnya oleh beberapa Pemuda UMNO bahagian dan bukan kerajaan (NGO) kerana tindakan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Karpal berkata, beliau akan bertindak ke atas mereka.

"Jangan main-main denga saya dan saya minta mereka bersedia menerima akibatnya," katanya.

Mengenai tindakannya mengemukakan saman terhadap Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh Perak, katanya, ia boleh dilakukan kerana Sultan itu didapati melanggar Perlembagaan Perak.

-Mohd Idros Mohd Ali & Arthur Ambrose
Sinar Harian
9 Febuari 2009

Sumbuapi kata: Oi Baie.... tak de sape-sape yang teringin nak main dengan ko tu. Dah nak mampuih pun dok perasan orang dok teringin nak main ngan ko?

1 comment:

  1. Dia ni sape. Gangster mana.Wei karpal ko pikir ko besar ke. 10 Karpal lagi aku tak takutla.dahla ko ni pendatang.Mak bapak ko 2 bekas askar gurkha ko tahu tak. Tak sedar diri dah menumpang negara orang.kaum ko tu minoriti kat malaysia tau tak.sebesar kampung baru je.cakap banyak padan muka didakwa.tak kebal mana pun.

    ReplyDelete