Thursday, April 2, 2009

KERETAPI


Cerita ni dah berlaku lama. Tahun 70 an. Pada masa itu keretapi merupakan kenderaan utama di Malaysia jika melibatkan jarak jauh. Walaupun tak selesa sangat tapi tambangnya yang murah menyebabkan ia jadi pilihan. Peristiwa yang nak saya ceritakan ini berlaku di Kuala Kangsar.

Pada satu hari sekumpulan 3 orang lelaki India kelihatan sedang berbual bual di perhentian keretapi Kuala Kangsar. Mereka ini nampaknya macam nak travel. Keretapi yang ditunggu akan lalu kira kira jam lapan malam. Masa tu pulak baru pukul 6 petang. Dua jam ni lama juga sebenarnya. Barangkali memikirkan masa masih panjang, maka datanglah idea mereka ni untuk minum dulu.

Memangpun dekat hentian tu ada kedai todi( arak) yang memang terkenal dalam kala
ngan masyarakat India di Kuala ni. Minumlah mereka. Bila dah minum , sembang makin rancak. Dari satu tajuk ke satu tajuk. Kadang kadang macam nak gaduh, kadang kadang nampak macam baik sangat. Tak sedar masa dah nak dekat. Tiba tiba terdengar siren keretapi. Dah sampai rupanya. Kelam kabut lelaki bertiga ni bergegas naik keretapi. Dalam keretapi bisinglah mereka ni . Bersyukur sangat tak ketinggalan.Dalam gerabak tak ada suara orang lain lagi yang dapat didengar melainkan suara mereka bertiga.



Dekat nak sampai Tanjung Malim, pemeriksa tiket pun mintaklah tiket kat India tiga orang ni. Baru kelam kabut. Riuh rendah jadinya sebab yang ada tiket seorang je. Yang dua lagi tu sebenarnya hanya nak menghantar kawan yang nak balik ke KL. Tapi mabuk punya pasal, tiga tiga naik keretapi.
Mengamuk mereka ni. Marah sesama sendiri, marah pada pemeriksa tiket, termasuk marah kepada keretapi. Bila dah tak terkawal, akhirnya mereka ini dihalau turun di Rawang.

Kenapa pulak saya cerita perkara ini hari ini? Sebab saya nak gambarkan bahawa sangat bahaya mabuk ni. Apa saja jenis mabuk bahaya. Orang mengandung, mabuk doctor akan bagi ubat. Mabuk berlebihan akan beri kesan kepada anak yang dikandung. Orang mabuk laut dah pasti tak akan berjaya memancing dengan baik. Tapi tak lah bahaya sangat.

Paling bahaya sekarang mabuk kuasa. Ini amat bahaya kepada agama,bangsa dan negara. Negara boleh hancur kalau ada orang mabuk kuasa. Di Malaysia ni ada dua orang. Nuar Brahim dengan Nizar Jamaluddin. Nuar Brahim mabuk nak jadi Perdana Menteri. Roaund satu Malaysia untuk dapatkan pengaruh. Tak cukup dia seorang upah pulak pencacai ramai ramai. Tabur fitnah. Tanam kebencian. Bila orang dah ngamuk tentulah polis datang. Macam di Sungai Petani.


Nuar Brahim lari kelam kabut. Penyokong yang tumpang mabuk Nuar Brahim bantai polis. Lepas itu kata polis zalim. Kata polis anjing kerajaan. Nuar Brahim pulak pergi tempat lain. Tabur pulak fitnah lagi. Semai kebencian lagi. Bila dah kacau, lari pulak tempat lain. Macam mabuk todi juga. Dia memang sentiasa mengacau dan merapu.

Sebab itu Islam larang keras mabuk ni. Orang mabuk ibadah memang tak diterima. Nizarpun mabuk kuasa. Dah tak jadi MB masih suruh orang panggil YAB. Bertanding pulak kerusi parlimen. Dalam borang tulis ADUN je, tak berani tulis MB sebagai pekerjaan kerana tahu dia bukan MB. Kalau Nizar tak mabuk tentu dia tak nak jadi calon. Dia tahu dan rakyat pun tahu, Pasir Panjang yang dia wakili dia tak upaya nak balik nak tambah satu lagi beban. Dah tentu dia tak mampu.

Jadi kesimpulannya, hati hatilah kita. Jangan kita biarkan diri kita dipimpin oleh orang mabuk. Kalau tidak kita akan jadi macam India tiga orang tadi. Dihalau sebelum sampai tempat tujuan



1 comment:

  1. najib, streamyx skarang semakin lembab lah. tolong upgrade lah kasi laju sket. jgn la wat priority dkt company2 kerajaan shj. kitorang byr kitorang pun ade hak. jgn makan duit rakyat lah. -vote utk kerajaan. jgn sampai Selaps najib BN will fall.

    ReplyDelete