Wednesday, June 3, 2009

Raja Petra Munafik ibni Almarhum Said Sakit

Raja Petra Kamarudin bukan siapa siapa. Beliau hampir tidak dikenali langsung sehinggalah beliau mengendalikan Malaysia Today sebuah laman web berkualiti rendah yang mempunyai implikasi besar terhadap negarabangsa. Ini fenomena biasa sebenarnya. Dadah bukanlah sesuatu yang dialu alukan bahkan dianggap musuh negara no satu. Tetapi hakikatnya banyak masa, wang dan tenaga digunakan bagi membasmi dadah. Ribuan manusia menjadi mangsa. Ada yang mati, ada yang hidup tapi macam orang mati. Ada yang mati mengedar. Ada yang mati menagih.

Ramai pula ibu bapa yang mati kerana makan hati apabila ada anak terjebak dalam gejala dadah ini. Apa kaitannya dadah dengan Raja Petra ? Adakah Raja Petra pengedar dadah? Adakah Raja Petra penagih dadah? Saya yakin Raja Petra bukan pengedar atau penagih dadah. Raja Petra sama sekali tidak terlibat dengan musuh no 1 negara ini. Cuma dadah dan Raja Petra ada banyak persamaan. Kebetulan barangkali kesan dadah dan Raja Petra juga sama . Kehancuran sebuah negarabangsa.

Saya percaya dadah akhirnya akan menghancurkan bangsa dan negara kita. Raja Petra dan penghasilannya juga jika tidak ditangani secara bijaksana akan mennghancurkan negara dan bangsa kita. Dadah secara fizikal merosakkan manusia yang menggunakannya. Secara perlahan lahan dadah menguasai manusia seluruhnya. Mental dan fizikal. Bukan sedikit anak muda yang terpelajar, ahli professional dan bijak pandai akhirnya menjadi beban kepada masyarakat hanya kerana dadah. Anak anak yang sepatutnya menyara dan menjaga ibu bapa akhirnya menjadi liabiliti yang meruntuhkan keluarga.

Warganegara yang sewajarnya menyumbang kepada pembangunan negara sudahnya menjadi peluntur kemajuan negara. Di sinilah persamaan Raja Petra dan dadah. Selepas mengendalikan laman web didorong oleh keinginan menjadi terkenal tetapi tidak ada kekuatan maka Raja Petra mula menulis sesuatu yang tidak masuk akal tetapi amat digemari oleh sebahagian orang. Raja Petra mencari tokoh agar tulisannya diperhatikan.

Raja Petra tidak bercakap tentang Mak Joyah hujung kampong kerana sesiapapun tidak peduli siapa Mak Joyah dan apa Mak joyah buat. Raja Petra tidak menulis tentang Mamat budak sekolah jatuh basikal, kerana Mamat bukanlah sesorang yang terkenal. Raja Petra bercakap tentang sesuatu yang sensasi ini merupakan sejenis keseronokan yang sebenarnya salah, bertentangan dengan norma dan agama. Inilah yang samanya dengan dadah. Salah, bertentangan dengan norma dan ditegah keras oleh agama. Samalah tu.

Kemudian kecenderungan ini akan menular dengan cepat dan mempunyai pengaruh yang besar. Ia tidak memilih bulu. Ia tak mengambil kira latar belakang penggunanya. Ada pelbagai latar belakang. Seperti dadah, cerita rekaan Raja Petra juga menjadi masalah kepada negara. Memang palsu tetapi ia menimbulkan kegelisahan. Raja Petra sudah menjadi bahan berita Saya percaya, Raja Petra akan terus melakukan sesuatu walaupun sehingga dianggap musuh no 1 negara. Saya yakin Raja Petra akan buat apa sahaja asalkan menjadi terkenal hatta secara negatif.

Yang menariknya Raja Petra pandai memilih subjek. Dia tahu pembangkang memang mudah panik. Orang panik dah pasti tak boleh berfikir. Jadi Raja Petra tolong fikirkan apa nak buat.

Hasilnya timbullah pelbagai kontoversi dan tuduhan yang akhirnya dianggap benar oleh pembangkang. Maka berjalanlah tokoh pembangkang ini ke seluruh negara membawa berita palsu yang nampaknya memberi kesan juga terhadap negarabangsa kita. Walaupun tidak ramai orang percaya tetapi ramai orang menjadi gelisah, bosan. Akan ada kumpulan yang menyokong cerita ini ada yang menentang. Maka akan wujud macam macam golongan. Akhirnya berlakulah perpecahan. Rosak masyarakat kita. Maknanya macam dadahlah. Sama je. Pengedar atau penagih dadah sama sama tahu bahaya najis tersebut tetapi terpaksa menggunakannya kerana mereka tiada pilihan. Demikianlah kesan perbuatan Raja Petra. Rimas dan melemaskan.


Pada saya Raja Petra sebenarnya sakit. Raja Petra perlu dibantu. Beliau mempunyai sejenis gila yang selalunya bagi kebanyakan pesakit tidak menyebabkan bahaya besar. Raja Petra gila pengaruh dan populariti. Memang ada wajarnya Raja Petra gila sebegini. Beliau adalah kerabat Diraja , cuma malangnya beliau ketiadaan tahta. Tidak seperti anak Raja lain Raja Petra bukanlah seorang yang berkarisma. Kalau kita tidak mengenalinya, kita tidak akan berasa apa apa jika bertembung dengannya di jalanan. Beliau memang tiada apa apa. Saudara pandanglah ( sebagai contoh ) Raja Nazrin, renungannya sahaja sudah memancarkan kewibawaannya. Saudara pandanglah mata Raja Petra. Tenung dengan tepat. Ada cerita sedih, kecewa dalam renungannya. Selain itu saudara kajilah pencapaian Raja Petra.

Tiada apa yang dapat dibanggakan. Kalau tidak kerana dilahirkan sebagai ‘Raja Petra’ , beliau sama macam Pak Karim yang tinggal di kampong. Sama macam Encik Ali yang bertugas dengan syarikat swasta di Kuala Lumpur. Biasa. Biasa sangat. Inilah punca mengapa Raja Petra sakit. Dia berasa sangat rendah diri dan kecil. Tidak seperti kerabat yang lain, beliau tidak ada apa apa untuk ditonjolkan. Raja Petra tiada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Cuma apa yang dimiliki oleh Raja Petra ialah beliau tidak takut berdosa. Beliau tidak takut kepada balasan Tuhan. Kita tak tahu apa agama Raja Petra. Satu masa Raja Petra mempertikai dan memperolokkan Rasullullah SAW.

Sesuatu yang Orang bukan Islam pun tak berani nak buat. PAS pun pernah begitu memusuhi Raja Petra tetapi apabila Raja Petra menjadi salah seorang penggerak Parti Keadilan , PAS dengan segera menganggap bahawa Raja Petra adalah lambing pejuang keadilan. Raja yang berjiwa rakyat.PAS kata. Saudara perhatikan Raja Petra apabila gambarnya disorot di mahkamah atau sedang diiring polis. Raja Petra seboleh bolehnya ingin dilihat oleh semua orang. Beliau tersenyum dan melambai. Beliau puas apabila gambar dan beritanya tersiar di dalam media. Bandingkan dengan pesalah lain. Biasanya orang akan menyembunyikan wajah.Elak daripada dikenali. Tapi Raja Petra berbeza.

Saudara percayalah kepada saya. Raja Petra jika diperiksa secara teliti, oleh pakar dalam bidang kejiwaan, saya yakin keputusannya ialah Raja Petra tidak boleh didakwa kerana masalah mental. Kesimpulannya ialah, sama seperti dadah Raja Petra dan apa sahaja yang dihasilkannya mestilah ditangani secara bijaksana. Saya ingin mencadangkan sebelum terlambat, hantarlah Raja Petra untuk mendapatkan rawatan. Kita percaya belum terlambat untuk kita merawatnya sebelumnya ia berjangkit kepada lebih ramai orang lain. Kalau kita tidak rawat dia, tengok sekarang ni apa jadi? Anak dia dah huru hara. Kena tangkap. Dia suami isteri dah hilang tak tahu pergi mana. Dah dua waran tangkap dikeluarkan. Kenapa sekarang lari? Kalau dulu berani tuduh, sekarang ni pun patut berani la ngadap mahkamah. Ni lah dia contoh panglima-panglima Nuar Jubori tu. Lingkup habis ugama, negara dan bangsa

Dula masa sibuk buat pengakuan SD tu, dia lah hero. Tuduh orang bukan-bukan. Sekarang ni tengok lah sendiri. Itu lah kuasa Tuhan ni jangan main-main. Sekali kita tuduh orang dan kalau tuduhan itu tidak benar, sepuluh kali tuduhan tu makan diri kita balik. Buat ape lari, kalau anak jantan, pergi aje lah kat mahkamah tu. Mahkamah akan membuktikan kebenaran tuduhan ko tu. Ini betul-betul sifat orang sakit dan munafik. Munafik ini kerja dia memang pandai tuduh aje.

Alhamdulillah sungguh kebenaran akhirnya terbit juga waima lambat sekali pun.



No comments:

Post a Comment